Sunday, December 30, 2018

Muqaddimah

Sedikit usaha kecil untuk berkongsi rujukan surah-surah, doa-doa, zikir, wirid, hizib, shalawat dan qasidah untuk di jadikan amalan harian untuk bekal akhirat. Di ambil dari guru-guru kami untuk di kongsikan bersama.


Sheikh Muhammad Kurayyim Rajih

Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari an-Nadwi Al-Maliki

Sheikh Ashraf Hamed

Ustaz Neezam Al-Banjari

Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin

Ustazah Zaidatul Akmam Zakaria



Semoga menjaga adab-adab membaca surah-surah, doa-doa, zikir, wirid, hizib, shalawat dan qasidah.

Berniat semata-mata kerana Allah ta'ala.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن ٱلرَّحِـــــــيمِ

Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pemaaf lagi maha pengampun, maka maafkanlah segala kekhilafan kami. Bersihkan dan sucikan hati serta jiwa kami dengan Al-Quran yang mulia.
.
Ya Allah inilah guru kesayangan kami
Inilah guru kami dunia dan akhirat.
.
Ya Allah sayangi lah guru kami ini sebagaimana beliau menyayangi dan mendidik kami dengan tekun dan sabar ikhlas kerana Mu Ya Allah
.
Ya Allah tambahkanlah serta limpahkanlah rezeki guru kami dan berkatkanlah umurnya sebagaimana beliau telah mendidik dan mengajar kami sebagaimana kejayaan yang kami perolehi kini dengan izin Mu Ya Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.
.
Engkau kurniakan kesihatan, keceriaan kebahagiaan dan keselamatan sepanjang baki-baki umur guru kami ya Allah
.
Ya Allah. Curahkan segala kebaikan rahmat Mu pada kedua ibu bapa kami dan kedua ibu bapa guru kami dengan Izin Mu sepertimana kebaikan yang kami telah perolehi hari ini.
.
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari seksa Jahanam, dari seksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, serta dari fitnah Dajjal.

Ya Allah, hanya RahmatMu yang kami harapkan, maka janganlah Engkau sandarkan kami kepada diri kami sendiri walau sekejap, dan perbaikilah serta permudahkanlah seluruh urusan kami, tiada Tuhan yang benar selain Engkau.
.
Ya Allah, jadikanlah baik akibat semua urusan kami, dan lindungilah kami dari kehinaan dunia dan seksa akhirat.
.
Ya Allah, bersihkanlah hati kami dari kemunafikan, amal kami dari riya', lisan kami dari dusta, dan bersihkan mata kami dari khianat, sesungguhnya Engkau mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang disembunyikan dalam dada.
.
Ya Allah, kami memohon kepada Mu segala kebaikan di dunia dan akhirat yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui, dan kami berlindung kepada Mu dari semua keburukan di dunia dan akhirat yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ , وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد


آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

No comments:

Post a Comment